01
Konsep 1Malaysia buka pintu ahli-ahli PKR

PAPAR, 08hb Mac2010

Seramai 120 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Mukim Limbahau di sini keluar parti dan menyertai Parti Umno selepas menyedari dan memahami konsep 1Malaysia.Keluar parti beramai-ramai kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) itu diketuai oleh dua Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Bahagian Papar iaitu, Camillus Ginibun dan Robert Apin.Ini merupakan episod kedua ahli PKR beramai-ramai keluar parti di Kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Manis selepas dua orang kuat parti itu iaitu Awang Mumin Awang Marali dan Faizal Julaili bersama 100 orang pengikut mereka keluar parti November lalu.Camillus ketika ditemui menjelaskan hasrat mereka keluar parti adalah bukan didesak atau dijanjikan sesuatu tetapi kesedaran terhadap pendekatan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak.Katanya, kosep itu telah memberi kesedaran kepada kami semua yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata dan janji manis pemimpin PKR diperingkat negeri dan pusat.“Kami keluar parti ini adalah diatas kerelaan kami semua selepas memahami dan senang dengan konsep 1Malaysia yang sebenarnya.“Konsep 1Malaysia membuatkan kami merasa bangga kerana tidak ada kaum termasuk KDM yang akan dipinggirkan daripada menerima arus pembangunan.“Selama ini juga segala pembangunan yang kami terima adalah dibawah kerajaan Barisan Nasional dan PKR hanya pandai berjanji saja,” katanya.Ketika ditanya kenapa memilih parti Umno, Camillus yang juga Penyelaras Pilihan Raya ke 12 DUN Pantai Manis dan Majlis Tertinggi Persatuan Orang Tua-tua PKR Peringkat Negeri (COA), berkata Umno merupakan tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional.Pada masa yang sama katanya, pemimpin-pemimpin BN di Pantai Manis juga adalah diwakili oleh calon dari Umno (Datuk Abdul Rahim Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis).“Kami berikrar memberi sokongan yang penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri (Najib) dan wakil rakyat kami (Abdul Rahim) yang mana selama ini telah banyak membawa pembangunan kepada rakyat di sini.“Selaku kaum KDM, kami merasa bangga kerana mempunyai wakil rakyat yang prihatin terhadap semua kaum tanpa menggira agama dan bangsa,” katanya.Sementara itu Robert Apin yang juga merupakan Pengarah Logistik PKR Pilihan Raya kawasan Pantai Manis yang lalu berkata, kemasukan beramai-ramai ahli PKR ke pangkuan Umno ini adalah bukan bertujuan untuk mencari kedudukan tetapi mencari ‘rumah yang teguh untuk kami berlindung’.Katanya, kami sememangnya mempunyai banyak pilihan tetapi kami lebih sedang berada di dalam Umno kerana pemimpin kami di sini diwakili oleh parti Umno.“Harapan kami ialah semoga lebih ramai lagi ahli-ahli PKR sedar dan menyertai BN dalam masa terdekat ini. Ini adalah kerana kerajaan BN saja mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat khususnya dikawasan luar bandar.“Semoga kemasukan kami ini merupakan detik permulaan kepada ahli-ahli PKR untuk turut serta dan seterusnya bersama-sama menjayakan konsp 1Malaysia,” katanya.Camillus dan Robert seterusnya menyerahkan borang menyertai Umno dihadapan ahli-ahlinya dalam majlis ramah mesra bersama Abdul Rahim di rumah Camillus di Kampung Kopimpinan di sini.Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Papar, Juil Nuatim, Setiausaha Umno Bahagian, Haji Abdillah Haji Imran dan AJK Umno Bahagian Papar

 

 

Kontraktor bumiputera digesa ubah mentalit

PAPAR, 04 Mac 2010

Kontraktor bumiputera khususnya pemilik lesen F diminta agar mengubah persepsi dan mentaliti agar tidak terlalu mengharapkan bantuan dan pemberian projek kerajaan.Ketua Umno Bahagian Papar, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, kerajaan sentiasa memberi ruang kepada mereka selama ini untuk menjadi kontraktor yang berdayasaing dan berjaya.Katanya, tetapi malangnya, sikap terlalu bergantung kepada kerajaan menjadikan mereka leka untuk berusaha-usaha dan merebut peluang yang sedia ada di sekeliling mereka.“Kerajaan sentiada membela, memberi ruang dan peluang kepada kontraktor kelas F  dalam pengagihan projek-perojek kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ketika merasmikan Kursus Asas Perniagaan dan Pembiayaan Pinjaman Perniagaan di rumah rehat di sini.Dalam majlis itu hampir 150 orang menyertainya.Kursus itu memberi pendedahan awal dari segi asas peniagaan dan pembiayaan pinjaman perniagaan kepada pada peserta untuk menjadi kontraktor yang berjaya.Kumpulan sasar kursus itu adalah golongan muda yang berminat dalam perniagaan.Kursus anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Papar itu mendapat kerjasama daripada Mara Sabah, Agro Bank dan UiTM.Abdul Rahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut mengingati kontraktor bumiputera agar tidak mudah menjual projek kepada kontraktor lain.Katanya, kesedaran itu amat penting kerana ia boleh memberi masalah kepada kontraktor utama di masa akan datang.“Tindakan kontraktor menjual projek bukan sahaja merugikan malah boleh menyebabkan mereka menanggung kerugian.''Sebagai contoh jika projek yang siap itu tidak menepati spesifikasi, kontraktor utama yang dilantik akan bertanggungjawab.''Selain itu, menjual projek menyebabkan imej kontraktor tempatan terjejas dan mengurangkan kepercayaan kerajaan kepada mereka," katanya. Sehubungan itu beliau menggesa agar  kontraktor bumiputera menunjukkan keupayaan mereka kepada kerajaan bagi memastikan projek yang dilaksanakan itu mencapai matlamatnya.Abdul Rahim berkata, setiap projek yang dilaksanakan itu ada tujuan dan matlamat tersendiri iaitu untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada rakyat."Selain daripada itu ia akan meningkatkan imej kontraktor tempatan untuk terus diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawab melaksanakan projek kerajaan yang lain," katanya

.


 

Hentikan perselisihan‏

PAPAR, 27 Februari 2010

umat Islam haruslah menghentikan segala perselisihan dan pertelingkahan kerana ia hanya akan membawa kepada kehancuran.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, kalau kita mengaku sebagai umat Islam yang beriman, mengaku bahawa umat Islam itu bersaudara, kita tidak sepatutnya menyemai benih kebencian dan permusuhan“Umat Islam diseru agar menjauhkan sifat-sifat yang boleh merosakkan ukhuwah bagi memastikan agama ini terus tidak dipandang negatif oleh pihak tertentu."Hentikanlah segala perselisihan, tamatkanlah segala pertelingkahan dan marilah kita kembali serta berpegang teguh pada jalan Allah kerana ia merupakan satu-satunya jalan yang pastinya menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna dan sempurna di dunia dan akhirat," katanya.Beliau berkata demikian kita merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Kampung Kelanahan di dewan kampung itu di sini.Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar seterusnya mengajak umat Islam agar saling mengamalkan sikap toleransi dan menjauhkan diri dari bersikap khianat, dendam dan irihati.Katanya, marilah kita bersama-sama menghentikan sentimen perkauman dan fitnah kerana kita tetap saudara seagama."Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh saling faham memahami dan hormat menghormati. Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh bersatu dalam Islam dan hidup harmoni di bawah satu bumbung Malaysia yang indah dan permai," katanya.

Copyright © 2009  kadun-n22pantaimanis.com All rights reserved. Mohd. Rozi Hj. Ismail