01

LKIM SENARAI HITAM NELAYAN YANG TERIMA BANTUAN TAPI TIDAK KE LAUT

PAPAR, 10hb Feb 2010

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menyenaraihitam nelayan yang tidak turun ke laut tetapi menerima bantuan daripada kerajaan di negara ini.Pengerusinya, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, buat masa kini LKIM sedang memantu aktiviti nelayan terbabit di seluruh negara berhubung perkara tersebut.    “Pihak LKIM tidak teragak-agak untuk menyenaraihitamkan nama mereka termasuk membatalkan semua bantuan yang diterima.“LKIM memandang serius perkara itu kerana mereka menyalahguna bantuan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan nelayan dalam program Bantuan Peningkatan Pendapatan (PPP) 2009 Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, di Rumah Rehat Papar di sini.Seramai 48 nelayan dari Parlimen Papar menerima bantuan itu yang berjumlah hampir RM500,000 membabitkan peralatan dan kelengkapan menangkap ikan.Bantuan itu adalah sumbangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan.Abdul Rahim berkata antara bantuan yang sedang dinikmati oleh para nelayan di seluruh negara pada masa kini ialah elaun sara hidup RM200 sebulan, E-Petrol, E-Diesel dan beberapa bantuan lain yang disalurkan kerajaan.Walaupun bilangan mereka yang terlibat dalam perkara itu adalah kecil tetapi katanya, ia haruslah ditangani dengan segera sebelum keadaan menjadi teruk.“Pihak LKIM menganggarkan antara 3 hingga 5 peratus nelayan di seluruh negara terlibat dalam perkara tersebut,” katanya.Disamping itu juga, LKIM telah mengesan terdapat nelayan di negara ini yang menjual peralatan menangkap ikan mereka seperti enjin sangkut bagi tujuan mendapat keuntungan dengan segera.Abdul Rahim berkata, ada dikalangan nelayan terbabit sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa enjin sangkut mereka dicuri sedangkan perkara itu adalah tidak benar.“LKIM memandang serius kegiatan penjualan peralatan nelayan yang disalurkan kerajaan terhadap para nelayan kerana ia menyalahi peraturan dan dasar kerajaan. “Tidak dinafikan ada segilintir nelayan membuat laporan polis palsu mendakwa peralatan enjin sangkut mereka dicuri sedangkan peralatan tersebut telah dijual kepada individu lain,” katanya sambil menambah pihaknya bekerjasama dengan polis bagi mengawasi perkara itu daripada berleluasa. Dalam perkara yang berkaitan, seramai 63,000 nelayan di seluruh negara menerima bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan membabitkan peruntukkan RM170 juta.Katanya, sehingga kini LKIM masih meneruskan pembayaran elaun sara hidup bagi memastikan para nelayan dapat meningkatkan pendapatan mereka yang masih lagi ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’


 

SUKAN KOMUNITI BENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

PAPAR, 09hb Feb 2010

Sukan Komuniti yang dianjurkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri merupakan wadah terbaik dalam membentuk modal insan yang cemerlang.Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata, langkah itu secara langsung dapat meningkatkan hubungan silaturahim dan perpaduan.Katanya, perpaduan di kalangan generasi belia hari ini amat penting kerana mereka merupakan pewaris kepada kepimpinan sedia ada dalam mengurus tadbir negara di masa depan kelak.“Modal insan yang cemerlang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi belia yang berilmu dan berpengetahuan tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menutup Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis (KESUMA), di Padang Pekan Papar di sini.Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar menjelaskan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, kesihatan merupakan faktor penting dan harus diberi keutamaan.Katanya, usaha kerajaan membangunkan tahap sosio-ekonomi rakyat di negeri ini akan dapat dicapai sekiranya rakyat hidup dalam keadaan sihat dan cergas.“Rakyat yang sihat dapat mendukung dan melaksanakan dasar serta program pembangunan yang dirancang kerajaan untuk manfaat mereka bersama.“Justeru itu, saya menggesa kepada semua lapisan masyarakat agar menjadikan sukan sebagai aktiviti seharian,” katanya.Menurutnya, bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah merupakan saluran terbaik dalam meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Negara ini khususnya di Sabah.Pada masa yang sama katanya, penglibatan belia dalam sukan komuniti juga dapat menggelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala negatif.Abdul Rahim seterusnya memuji ahli jawatankuasa KESUMA kerana telah berjaya mencapai matlamat khususnya dalam bentuk generasi muda yang aktif bersukan.Beliau seterusnya mengalakkan generasi muda di sekitar kawasan Pantai Manis agar menyertai KESUMA dalam kejohanan akan datang kerana ia memberi manfaat sekaligus melahirkan generasi yang sihat

 

 

HARI KELUARGA BAHAGIA SK SURATI CAPAI MATLAMAT

PAPAR, 09hb Februari 2010

Seramai 500 orang menyertai Program Senamrobik dan Sukaneka sempena Hari Keluarga Bahagia di Dewan Masyarakat Papar di sini, baru-baru ini.Program itu adalah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Surati dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Pejabat Daerah.Program yang disambut dengan penuh kemesraan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.Program itu turut mendapat sambutan dan sokongan daripada para ibubapa sekolah berkenaan yang hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis itu.Abdul Rahim yang juga Ketua Umno Bahagian Papar berkata, beliau menyokong penuh program itu kerana ia merupakan langkah terbaik bagi menjaga kesihatan disamping wadah untuk menjalin dan mengeratkan ikatan silaturahim.Katanya, pendekatan itu juga adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia yang mana mahu rakyat diberi keutamaan.Beliau seterusnya mengajak semua ibubapa agar menyokong dan menyertai program itu sekiranya dianjurkan oleh pihak sekolah."Ada di kalangan masyarakat kita terutama kaum lelaki yang beranggapan, senamrobik ini  hanya sesuai untuk kaum wanita sahaja."Ini tanggapan yang salah. Sebenarnya senamrobik sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira lelaki atau wanita mahupun tua atau muda,” katanya.Menurutnya, rakyat di Sabah harus berbangga kerana masyarakat kita adalah model yang terbaik untuk dijadikan contoh dan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha mencapai matlamat 1Malaysia.“Kita boleh duduk semeja, boleh ketawa dan menangis bersama. Kadangkala bila kita minum dan makan di kedai, kita bergaduh sesama kita hanya kerana masing-masing hendak belanja.“Sampai begitu sekali bersih dan baiknya hati masyarakat kita,” katanya lagi.Abdul Rahim seterusnya percaya sekiranya sikap kebersamaan dan tolak ansur ini terus ditanam dalam jiwa setiap rakyat di negeri ini, perpaduan yang sedia ada akan terus utuh, kukuh dan hebat

.


Copyright © 2009  kadun-n22pantaimanis.com All rights reserved. Mohd. Rozi Hj. Ismail